Tahun 2000 telah lama terbang bersama cita-cita yg ternoktah....Masing-masing sibuk mengejar cita-cita . Pada Tahun itulah kita telah melangkah keluar dari Sekolah Kebangsaan Rawang untuk melangkah ke alam tingkatan. Segala memori yang terpahat tersemat didalam sanubari.....
Menginjak ke alam remaja yg mana disangkakan akan bertemu kembali sahabat yang terpisah sewaktu penghujung tahun 2000 akan bertemu kembali di sekolah menengah...tetapi tanggapan meleset sama sekali...Berpisah mengejar cita-cita dan membawa harapan ayah bonda.....
~~masa berlalu bersama kenangan yang lalu~~
~~2001~~
~~2002~~
~~2003~~
~~2003~~
~~2004~~
~~2005~~
~~2006~~
~~2007~~
~~2008~~
~~2009~~
Setelah 9 Tahun berpisah akhirnya kita di takdirkan oleh Yang Maha Kuasa untuk pertemukan kita. Walaupun pertemuan pertama ini tidak seramai seperti yang disangka semasa alam persekolahan, tetapi "penulis" amat bersyukur kerana Allah S.W.T. memberikan kita jutaan kesedaran bahawa hubungan silaturrahim tidak boleh dipisahkan walau dengan apa jua keadaan sekalipun.
Tanggal 26 Disember 2009 (Ahad) kita telah berjumpa di Hutan Lipur Kancing, Rawang, Selangor.......memori lama mengamit kembali....wajah sahabat lama menerpa kembali....bermain di ingatan.....ingat wajahnya!!! tetapi lupa namanya....detik perkenalan bermula kembali.....masing2 sibuk mengimbau kembali kenangan lama.....
Harapan "penulis" agar sahabat-sahabat yang pernah menuntut bersama "admin", marilah kita jalinkan hubungan silaturrahim yang hampir terputus selama 9 tahun...... Marilah kina bina kembali ukhuwah fillah yang tidak akan putus sehinggalah ajal menjemput. Semailah bajailah dan tautkanlah kembali perhubungan kita dahulu dengan kasih Illahi agar lebih kukuh dalam meniti perjalanan sehari-hari.....
Sekian................
0 comments:
Post a Comment